..anD Gone..

aku hanyalah tumpukan rindu yg telah gugur dari hatimu, telah engkau enyahkan kenangan manis bersama kerana bagimu aku hanyalah seperti daun kering yang gugur telah aku basahkan rinduku dengan membiarkan hitungan hari gugur seperti serakan daun kering gugur bersama ilalang ditiup bayu dingin..... sedingin hatimu <body><center><script language='JavaScript' type='text/javascript' src='http://ads.blogdrive.com/adx.js'></script> <script language='JavaScript' type='text/javascript'> <!-- if (!document.phpAds_used) document.phpAds_used = ','; phpAds_random = new String (Math.random()); phpAds_random = phpAds_random.substring(2,11); document.write ("<" + "script language='JavaScript' type='text/javascript' src='"); document.write ("http://ads.blogdrive.com/adjs.php?n=" + phpAds_random); document.write ("&amp;what=zone:3"); document.write ("&amp;exclude=" + document.phpAds_used); if (document.referrer) document.write ("&amp;referer=" + escape(document.referrer)); document.write ("'><" + "/script>"); //--> </script><noscript><a href='http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a6b05a3e' target='_blank' rel=nofollow><img src='http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:3&amp;n=a6b05a3e' border='0' alt=''></a></noscript></center>

aku cuma dedaun kering yang menanti waktu untuk gugur ke bumi
aku tinggal dimana mana saja sempat
hobiku adalah menulis
kegilaanku adalah menulis sajak
saat dan ketika ini aku telah
kehilangan semuanya yang ada cuma DIA
pernah aku tanyakan pada diriku
kenapa aku ditemukan dengannya.. namun jawapan itu belum pernah aku temui selain dari untuk melukakan hatinya kejamnya seorang aku itulah aku si DaunKerinG


Mengendap
Jangan sembunyikan diri ko.........
   


<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31



For Remember


Your Welcome!!




Zlan_abe@yahoo.com
sumpitt.sauber@yahoo.com
sumpittsauber@gmail.com
sumpitt.sauber@hotmail.com




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:





RSS Atom
rss feed


Layout edited from DaUnKeriNg template from: BlogDrive
Image from: DauNkeriNg
Designed by: DauNkeriNg

BLOGDRIVE
TEMPLATES
DauNKeriNg








October 31, 2009
bila mata tak terpejam dan hati berbicara sendiri

12.07malam...

means sudah memasuki hari sabtu. Semalam aku tidur jam 5am lebih, terjaga dalam jam 11am+ selepas tidur  dalam waktu isyak!! malam ini pun mata tak mampu untuk dipejamkan.

Bonda tak ada dan aku sendirian di rumah menghitung dinding beku. Sebenarnya kalau bonda ada pun aku jarang berkomunikasi dengan beliau kecuali sesekali aku turun bawah.

Kadang2 aku ingin membuat satu list tentang teman2 yang pernah aku ingat dan aku kenal, adakah masih hidup atau sudah tiada. Rasa aku ada banyak juga yang telah meninggalkan kehidupan di dunia. Yang tinggal aku eh? orang yang sakit2 an tapi tidak juga dijemput2. Aneh juga. Orang yang kaya, cantik ada segalanya pun telah pergi kepangkuanNya. Aku ini yang sekarat pun masih juga belum diambil barangkali supaya aku makin tidak sedar diri.

2.00am aku sakit perut sakan... barangkali terlebih sambal tempoyak atau terlebih cili padi rasa macam nak pitam menahan sakit. Baring dibawah lumur minyak panas terasa seperti air peluh dari pori2 bulu roma mercik dan menjadikan seperti berlindir... tidak jernih seperti biasa. Hampir sampai jam 4am menahan sakit.. aduss!! kalau apa2 kejadian pasti tak ada yang dengar heh!! patutlah tadi aku teringat orang2 yang sudah meninggal.... aku jarang sakit perut macam ni mata kiri bergerak2 ada orang nak meninggalkah? atau aku sendiri yang akan meninggalkan?

Bangun pagi jam 8am+... mandi, membuang dan cuci baju yang aku rasakan bukan cuci sangat cuma kecah2 saja tapi belum ku ampaikan. Tertinggal didalam baldi di beranda rumah.

Tengok wargen tak ada voice.. memang sengaja aku letakkan sedikit duit dekat cash supaya ada yang bolt aku heh!! tapi pepagi ini si liyas tak bolt pun aku cuma hire aku untuk mencurik duit pemain lagi. Duit dekat fact aku bukan main banyak tak habis nak aku belanjakan untuk beli fact lain dan juga hackers serta level. Biarlah dulu.

So rasa nak makan roti canai.. biasa dekat kg ladang roti canai boleh tahan, dekat area rumah aku, aku jarang pergi melangut entah aku tak rasi dengan orang2 kampungku barangkali. So start scuter.. ronda2 cari roti canai.. cuaca gelap.. aku mulai berdebar kerana tinggalkan pc begitu saja tanpa aku off kan.. adoii tak kan kerana roti canai dua biji aku sanggup kehilangan pc lagi .....doa dalam hati tak ada apa2 kejadian lah.. hujan renyai mulai turun dua2 warung di kg ladang tak ada yang jual roti canai.. aku tengok banyak kedai yang biasa menjual roti canai hari ini tak ada jual.. so what? hari cuti2 ke? aku melalui jalan ladang limpas hotel grandcontinental juga tak ada yang jual isk... naik ke kg tanjung ada satu kedai yang jual tapi aku rasa non muslim.. eh? tapi ramai orang melayu yang makan disini.. aku rasakan bukan non muslim sebab bulan puasa hari tu dia orang menjalankan perniagaan lagipun pekerja dia orang bukan india sini tapi india sebelah sana... tak nak aku tangan bebulu kan jatuh bulu roma dalam roti canai... erkk.. ngeri membayangkan!!

so limpas kg ladang.. wisma apa tah pusingan ladang balik ke depan hospital .. last pergi ke kg Gong Kapas... warung juga... ada roti canai.. satu roti kosong dan satu roti telor biasa aku tak nak roti telor tapi hari ini nak penuhkan tangki perut aku yang sakit semalam ..

tak lama tunggu walaupun ramai customer dia orang... balik rumah hujan dah semakin lebat so walaupun tak lejun tetap mengigil kesejukan.........zazz layan roti canai , wargen dan juga cafe world.. itulah dunia aku...

bonda? entah bonda di felda jerangau rumah mak uda nanti tengahari akan ke rumah kazen aku yang buat kenduri kawin anaknya....... minggu depan aku rasa ada lagi kenduri kawin.. yang tak kawin2 cuma aku yang tak laku laku........ huaaaaaaa aku yang tak laku laku!!!

Posted at 10/31/2009 10:18:21 am by DaunKerinG
Make a comment  


October 24, 2009
Ada benang yang harus kita putuskan tanpa perlu dijahit pada kenangan yang telah ditinggalkan....

12.04am.....

today.. makan apa adanya, malam tak dinner just sebiji epal dan segelas susu.. after isyak mengantuk gila so merangkak naik katil tidur. Tapi rasa seperti tidur2 ayam tidak lena dan mengasyikkan. Hp pula asyik berderit2. .

terkadang aku seperti melukakan orang. "tidak perlu kau bercerita tentang dirimu yang sudah berpunya ku tahu kau bahgia bersamanya.. hapuskan sahaja kenangan cinta kita" lagu The unwanted di radio mnet.. takutkah kita untuk mendengar berita tentang kebahgiaan orang lain? entahlah.. hidup perlu diteruskan walau apapun tunjangnya bukankah begitu? Rasa aku orang yang tidak belajar dari kesilapan yang lalu.

maafkan aku kerana melukakan.. membuat engkau merasa sakit hati, geram  dan pedih didalam dada.. terhempas atau apa rasa yang menyakitkan tentang setiap apayang aku lalui dan aku lakarkan.

"didalam diri ini tersimpan duri2.. luka yang kau tinggalkan tak terpadam walau ku membalutnya pedihnya hati ini mengenangkan kembali kemesraan cinta kita hancur berkecai disimpang jalan"

perlukah itu kita lalui lagi?..aku tidak ingin melukaimu sebenarnya. Ingin membuat engkau bahgia tapi orang semacam aku ini terkadang tidak layak dan tidak mampu berbuat seperti mana keinginan hati.

orang yg terlalu banyak isi curiga dan belantara prasangka kerana setiap episod yang aku lalui sangat mendera diri sendiri.


12.34pm

mengenai perjumpaan

sebenarnya isi inbox saya di Yahoo, di msn terkadang di kandang , juga sekarang di tagged atau pun di facebook saya .. atau tempat saya selalu borak2 di irc malaynet.. ada saja teman2 yang ajak jumpa.

saya sebenarnya tidak berkeinginan nak jumpa orang lagi. semasa saya berhenti kerja dan mengambil keputusan untuk melakukan apa yang saya suka, dan apa yang hati saya nak buat, saya tidak ingin ada komitmen lagi dengan orang ramai. saya memang anti sosial. saya jarang bergaul dengan saudara mara.. saya sudah tidak berhubungan dengan teman2 atau kawan2 kalau berjumpa saya ditegur dan memang jarang saya yang menegur orang dahulu... itu perangai buruk saya.

kenapa saya tidak ingin berjumpa? tidak salah memang berjumpa kawan2 just borak2.. tapi saya perlukan reason .. saya akan jumpa orang itu andai orang itu menyentuh sudut hati saya yang sangat dalam.. andai just borak2 kosong di ruangan sembang maya.. bagi saya tidak ada kepentingan untuk saya jumpa orang just jumpalah saya ditempat yang saya sentiasa parking itu.

kenapa? kerana saya dah bosan jumpa orang... sejak kerja dulu saya dah jumpa aneka orang dari orang atas, orang bawah , orang terguling orang tergolek orang berbogel didepan saya, orang menari bogel depan saya.. atau apa jenis orang pun saya dah jumpa dari yang waras sampai yang tidak waras pun. so tak ada kepentingan lagi untuk saya jumpa orang. barangkali statement ini agak kejam kepada kawan2 sembang saya di ruangan maya.. tapi itu adalah hakikat dan saya sangat menghormati apabila orang menghormati prinsip saya itu.

memang ada beberapa orang rakan maya yang saya temui.. tapi itu mestinya dari kehendak hati saya sendiri bukan dari pujukan dan rayuan dari orang.. perjumpaan itu harus dari saya.. dan apapun bakal terjadi bila bertemu saya itulah yang harus saya tanggung akibatnya.



satu hal yang perlu diketahui saya memang sombong dan tinggi hati.. kerana itulah diri saya. so minta maaf kepada teman2 yang sangat ingin jumpa saya.. berdoalah moga hati saya sangat lembut dan rapuh.. saya tersenyum bila teringat kata2 mat samat dia teringin nak borak2 dengan aku yang bergerak2 bukan gambar aku yang pegun di facebook atau di tagged.. ada apa eh sebenarnya dengan orang semacam aku ini.. yang sebenarnya banyak kurang ajar dari menyakitkan  hati.. seperti juga kata tok janggut  asal aku datang je semua dia belanja... sedih bila dia cakap sebab dia huduh kut aku tak jumpa.. bukan pasal rupa atas gender .. aku pernah jumpa orang aneka.. dari yang sederhana, yang berkurangan , yang berisi yang kurus kering atau yang secantik model.. yang kasar , yang ganas dan yang pemalu.. tapi semua itu kerana ada keinginan hati aku untuk jumpa dia orang.. bukan kerana paksaan atau pun apa2 alasan lain. Di pm aku banyak yang ajak jumpa minta no hp dan aneka pertanyaan lagi tentang aku.. aneh bukan? ada apa sebenarnya dengan aku ini yang kurang ajar  dan serba kekurangan hanya seorang gembala kamben yang tiada apa2 hanyalah sekeping hati yang pilu dan ngilu saja.

aku bukan kawan yg baik............

otherside stories

kadang2 aku merasa aku patut mendiamkan diri. hidup dalam dunia aku yang tersendiri. maybe aku nampak seperti orang yang sangat menyakitkan dan melukakan.

aku tidak ingin membuat orang terluka, geram, marah2,menangis lagi kerana aku. aku ini orang yang sangat tamak dan tidak konsisten dalam perhubungan. aku memerlukan banyak benda yang terkadang tidak mampu diberikan sebagaimana apa yang aku inginkan.

1. aku mengikut apa saja kehendak orang atau mengikut saja apa kehendak aku sendiri.

2. aku perlukan banyak pengertian sebagaimana aku belajar mengertikan hati orang dan orang itu sendiri.

3. aku perlukan penyataan dan perbuatan yang seiring dengan apa yang dipamerkan.

perhubungan aku dengan bonda agak tegang kebelakangan ini, begitu juga perhubungan aku dengan yang disayang, yang dikasihi dan yang dicintai ... aku perlukan banyak ruang untuk menerima apa yang aku dapat itu adakah benar atau hanyalah selingan saja.

payah untuk aku menyakinkan hati sendiri... aku banyak prasangka dan bertanda ragu.. kecurigaan sedikitpun boleh membuatkan aku membuat pertimbangan lain.. kerana aku tidak mahu melukakan hati aku sendiri walaupun pada kata dasar bila aku mulai memberi perasaan aku akan sanggup untuk dilukakan kembali.. itu adalah adat dalam setiap perhubungan.

lately banyak benda telah aku buang dan aku tinggalkan... kerana perasaan sayang dan kasih itu memang aku tumpukan pada satu2 benda.. kerana orang mengajar aku begitu .. aku tidak mahu berciciran apa yang aku gendong dan mengejar sesuatu yang pasti aku tidak dapat...

tadi aku ingat nak sarapan kat luar.. bonda bising2 je pergilah nak makan apa pun. memang dah dua tiga malam dia tengok aku tak makan nasi.. terlampau banyak ikan dirumah, tapi asik ikan2 itu2 je.. anak selar kuning dan anak selayang.. bosan aihh!! aku sendiri pun tak tau nak masak apa kecuali goreng. tapi siapa nak makan? buang.....kucing2 yang makan...hurmm...............

tapi tak jadi keluar tak ada scuter.. teringat pm dari laut  ajak jumpa sementara dia masih disini.. aku rasa no reason untuk aku jumpa dia... aku perlukan alasan yang kuat untuk jumpa orang sekarang ini...









gambar masa bulan puasa hari tu makan2 di antie ann garden... gelap gila gambar tuh diambil oleh si zahar.. malas nak aku edit guna adobe... belasah je lah.. baju belang anak buah aku si fais dan yg lagi satu tu wife dia si angah... dayang apa tah nama dia..  tapi ayam masak lemak cili api antie ann memang sedap siap sekali dapat borak2 dengan antie ann sendiri......huihhhhhhhhhh.....

ada  benda yang harus kita putuskan dengan segera untuk tidak melukakan sedalam dalam nya.. aku sedang berfikir.........!!!

Posted at 10/24/2009 12:34:09 pm by DaunKerinG
Make a comment  


October 23, 2009
ku ingin kamu........

demi semua yang aku jalani bersamamu
kuingin kau jadi milikku
kuingin kau disampingku

tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta
dan hanya dirimu yang bisa
membawa surga dalam hatiku

kuingin engkau menjadi milikku
aku akan mencintaimu
menjagamu selama hidupku
dan aku kan berjanji
hanya kaulah yang kusayangi
ku akan setia disini
menemani

sentuhanmu
bagaikan tangan sang dewi cinta
yang berhiaskan bunga asmara
dan membuatku tak kuasa
di setiap arung gerak
tersimpan di hati kecilku
bahwa dirimu terindah untukku
selama ku masih bisa bertahan
selama ku masih bisa bernapas
selama Tuhan masih mengijinkan
kuingin selalu menjagamu

selama ku masih bisa bertahan
selama ku masih bisa bernapas


Posted at 10/23/2009 3:17:56 pm by DaunKerinG
Make a comment  


October 22, 2009
awak mahu saya berdendam dengan awak? hati awak akan mencair seperti salji dimusim dingin... walaupun tidak rapuh seperti hati saya!!

12.45 pm...

Cuaca panas. Hatipun ikut panas. Mandi?. Yeah! mungkin mandi boleh menyejukkan hati yang sedang panas. Dua tiga hari ini ribut tidak melanda daerah ini lagi. Ada call ajak sarapan di luar. Aku sedang malas sebenarnya nak keluar tapi bila ingatkan rayuan gombal hati aku lelah dan lemah. Mandi dan pakai baju tunggu orang datang ambil. Malas aku nak off pc.. tengok langit ok.. tak belajar dari pengajaran. Musim2 sekarang sebenarnya tidak boleh sangat tinggalkan pc tanpa of kerana ribut akan datang pada bila2 masa je. Tapi aku rasa hari ini tidak kut sebab ada reason untuk aku balik awal.



Terkejut aku tengok .. iskk biar betul, patutlah. Than hubung kait itu dah aku dapat. Bila kawan aku tengok aku melongo macam orang bodoh dia gelakkan aku.: Nak aku buka kan pintu ke untuk kau "  Ada tatapan mata penuh senyum. Ada senyuman yang tak berubah. Aku? barangkali tak berubah jugak kut. hehehe... Salam disambut dia baru je turun dari flight kawan aku yang amikkan. Tak cakap awal takut ada je alasan aku yang gombal. Apa2 ajelah.

So cari tempat nak sarapan. Pusing keliling, dari kedai jual nasi kerabu, nasi minyak nasi beriani roti canai semua aku tolak. Habis nak makan apa? Satu jam cari tempat makan..? mak aii last2 makan di bandar tempat dulu2 masa kami belajar selalu melangut di kedai tu.  Jual mee goreng, mee bandung dan juga kew tiaw hanya itu je menu dia tapi semua suka. Aku suka mee goreng atau mee bandung tapi ada kepak ayam. Yang mana akan ditambah tulang2 ayam yg reneh2 dalam kuah mee tersebut ranggup dan boleh belasah lada jeruk banyak. Ada dua jenis lada jeruk yang disediakan satu cili padi satu cili besar. Dan aku tetap pilih cili padi.. last aku tengok bekas cili padi tu ada orang letak di meja sebelah sambil kaki aku kena pijak. Hurmm.

Gerai nieh sejak aku belajar sampai sekarang still sama je.. ada dalam kurungan pagar meja dan kerusi yang sama tapi dulu rasa aku guna meja kayu tidak kerusi plastik dan meja plastik seperti sekarang ini. Borak2 kosong.. tapi yang satu banyak diam yang satu pelahap makan sambil borak yang satu asik senyum jawab dan soalan yang tidak aku jawab.



ada hentakan perasaan yang terbolak2. Benarkah kita telah akhiri semua yang kita rasakan atau hanya aku saja yang melepaskan semua yang kita rasakan?. Aku tidak ingin menoleh waktu2 yang telah aku tinggalkan. Kepayahan dan kesuraman yang menyirami wajah hati aku.

Hantar aku balik. After balik mandi dan melangut. Tapi banyak benda yang merayapi tangkai hati. Last aku call dan suara itu tetap lembut. Penuh perhatian dan sopan. Membuatkan aku mati kutu dan menjadi kutu kamben dimata dia. Kekurang ajaran aku tetiba melutut jatuh ke bawah. Besok balik KL katanya. Tak balik lama cuma terpaksa balik uruskan soal yang satu itu. Urusan surat menyurat saman menyaman. Aku bagi beberapa tips.. so far itu saja yang mampu aku bantu.



Besok ada saudara buat kerja kawen.. aku? rasa malas nak melangut di tempat orang kawen. Bonda entah pergi entah tidak macam tak nak pergi je aku tengok.

dont love a friend like a flower cuz flower dies in season.. love them like a river becuz a river flows forever ye ke? sekarang banyak sungai2 mati dek kerana kegersangan... tak ada benda yang harus ditimbal balikkan.



kehidupan ini bertangkai dan berbuah dengan sendiri.  aku mencari keikhlasan yang benar2 hadir bukan satu kepura puraan. Barangkali akan aku dapat atau akan aku tinggalkan. kadang2 sukar untuk membuat keputusan yang berlawanan dengan kehendak hati sendiri sungguh sukar.
apakah aku sangat mudah lupa pada janji? dan perlukah aku mengikat dengan janji sedang orang yang sama2 berjanji dengan kita memungkiri janji itu sendiri ? dan aku makin sangsi dengan apa yang benar dan apa yang di diamkan didalam...





jangan benci saya dan jangan mendendami saya.. kerana semua yang saya lakukan itu adalah untuk awak .. semua nya? dan tetiba kesalan melangut pada lampir hati bahawa aku telah melakukan kesilapan kerana memberi satu jalan yang salah kepada diri sendiri dan kepada orang lain juga.........

saya harap awak bahgia.. ada atau tiada saya.. saya sayangi awak dengan setulus hati saya sebagaimana saya ingin awak sayangi diri saya...... menerima saya apa adanya.. semoga temui cinta yang sejati!!!

Posted at 10/22/2009 9:40:22 pm by DaunKerinG
Make a comment  


October 21, 2009
"saya doakan kebahgiaan awak III"

petang tadi saya dapat call dari kawan lama saya ajak keluar makan2. Sudah agak lama saya tidak jumpa dia semenjak akhir sekali saya jumpa dia rasa saya di airport KLIA waktu saya nak terbang ke Labuan dan dia nak balik ke Jakarta waktu tu dia tinggal di sana. Wife dia seorang pramugari cousin dia sendiri. Eh!! long story kalau nak cerita. Dia pelajar terbaik dulu anak bekas hakim. Anak tunggal. Tidak dimanjakan segalanya diuruskan mengikut kehendak keluarga dan dia mengikut apa kata keluarga dengan patuh dari pelajaran, pekerjaan dan juga berkeluarga. Anak yang sangat patuh dengan ibubapa. Tapi menghibakan hatinya tak bahgia. Saya tahu  itu kerana sejak kecil kami berkawan rapat. Sama2 mandi laut, sama2 bermain dengan ombak memang dia lebih tua tiga tahun dari saya. Kebetulan saya waktu itu tidak ada abang dan dia lebih kurang berpangkat abang dengan saya.

kadang2 kami bertiga dengan si annis cousin manja saya. Kalau saya bertengkar dengan Annis dialah yang jadi pendamainya. Dialah yang akan bersusah payah untuk meruntuhkan ego saya pada si annis. Saya tahu dia sayang benar dengan saya dan sangat mengambil berat sehinggalah dia dipaksa untuk melanjutkan pelajarn ke luar negeri.

waktu2 si annis dipaksa bernikah juga dialah yang banyak memberi halangan, memberi nasihat supaya tidak teruskan barangkali dia lebih memahami sepupu saya itu dari saya sendiri yang terlalu tinggi hati.

saya tidak tahu dari mana dia dapat no hp saya dan saya pun tak ingin bertanya. Kerana bagi saya orang yang ingin dpatkan saya pasti tau bagaimana hendak mencari saya dan akan berusaha dia pun faham bagaimana sikap saya yang tidak pernah berubah itu.

katanya dia rindu. rindu pada masa silam yang telah ditinggalkan. Rindu pada kenangan yang tidak akan dapat diulang lagi. Dia sudah semakin gemuk dan berisi sangat berbeza semasa remaja dahulu. jauh beza dengan saya yang memang agak tidak banyak perubahan. kata dia saya agak cerah kulit dari dulu. eh!!!

dia sudah berhenti kerja dan mengambil pencen muda. Banyak penyakit sudah ada dalam tubuh gemuk dia. Isteri dia tak menghasilkan zuriat dan dia pun tak ada keinginan untuk mencari yang lain. Bapanya sudah lama meninggal. Mama dan isteri dia hidup seperti zaman muda2 dahulu. saya faham itu bagaimana kehidupan mama dan isteri dia yang sosial dimana dia pernah terperangkap. Katanya dia bukan seorang yang kuat untuk membawa dua orang itu kejalan yang lebih baik. Walaupun dia tidak hanyut. eh...saya sendiripun sentiasa hanyut dalam arus perasaan sendiri.

satu2 hal yang membuat dia suka kepada saya adalah saya suka mendengar. Kerana itu dia rindu pada masa lalu bersama2. Rindu dengan segala kenangan yang digambarkan sangat indah sekali. Saya? saya telah lama membuang masa lalu saya itu. masa lalu itu sangat menyakitkan tapi terkadang ada kenang2an yang sukar juga untuk di usir.

kami makan di Taman Awan sambil melihat orang lalu lalang. Saya tak banyak makan pun tapi semua makanan itu dia yang habiskan. Pemakan rupanya kalau bukan pelahap. patutlah tubuh dia sedemikian gemuk. Tapi kata dia itulah satu2 benda yang membuatkan dia bahgia kerana masih mampu makan. saya gelak gila dengan jawapan itu..rupanya masih ada orang boleh mampu bahgia hanya dengan makana2. adussss...........

tetiba dia tanya saya.. soalan yang saya sendiri sangat sukar untuk menjawabnya. "Apakah saya bahgia dengan kehidupan saya ini" ... saya termenung panjang dan berfikir jauh. Bila teringat kata2 kazen saya petang tadi yang saya tidak tahu bersyukur dengan apa yang saya ada, agaknya saya ingin menjawab yang saya bahgia tapi lately hati saya sudah tidak bahgia sebagaimana hari2 yang lalu saya sendiri tidak tahu kenapa. Barangkali kerana saya seorang yang tamak tapi tidak kalau dirasakan dari sudut kebenaran.

Bila lama saya masih ragu untuk menjawab, dia sendiri menjawab.. memang kadang2 kita merasa bahgia, bahgia itu adalah bila perasaan risau ragu, curiga , prasangka , dendam benci tidak ada dari hati kita. Walaupun kita tidak merasa berpuas hati tapi kita hidup dengan ikhlas. Dia hidup dengan ikhlas walaupu semua yang dia dapat bukanlah dari kehendak hati dia. Tapi dia menerima dengan apa adanya. saya senyum kerana saya rasa dia berbohong tentang keikhlasan.

kemudian dia tanyakan saya lagi apakah yg membuat saya tidak bahgia? saya pun ragu hendak menjawab. Terlalu lama saya termenung dan membiarkan masa berlari di kitaran kami sambil melihat dia makan2 dan order makanan lagi. Kemudian dia tanyakan saya adakah saya ingin merokok? eh!!! teringat semasa kecil2 dia suka curi2 merokok dibelakang Istana bersama dengan kawan2 lain.

akhirnya persoalan itu diam begitu saja dan kami berborak asal2 saja tentang kehidupan yang lain. Tentang teman2 yang sudah lama menghilangkan diri tentang teman2 yang pernah hadir dan hidup diantara kami. Last naluri kuat saya mulai menempel dari kitaran dia bercakap saya tahu dia dapatkan no hp saya dari kazen saya. Barangkali mereka berhubungan seperti dulu2.. mencari teman berbicara waktu merasa butuhkan seorang teman bicara , waktu2 sepi dan sedih bergabung dalam hidup.

kemudian dia nasihatkan saya seperti mana seorang abang menasihati seorang adik kecil yang degil. Hidup ini perlu diteruskan walau sebagaimana pun kita memandang kehidupan ini. Kita perlu ikhlas bukan hanya pada kata2 atau pada luahan tapi dengan perlakuan juga.

tetiba saya merasakan yang saya sesungguhnya tidak ikhlas... dan dia ketawa kecil. Dia juga mengatakan perkara yang sama. Rupanya kami berdua seorang yg hipokrit juga. Berpura2 ikhlas padahal tidak ikhlas.. tapi kami ikhlas sesama sendiri.

katanya dia sampai sekarang belum mampu mencintai isterinya. saya pun ingin senyum lebar .. bila dia menyindir saya yang saya masih lagi bertualang dengan cinta yang tidak mungkin saya dapat seperti mana yang saya inginkan. Kami sama2 ketawa dengan kebodohan kami berdua. Yang pasti kata dia saya tidak akan bertemu seorang yang sebaik kazen saya itu. walau dari ceruk mana pun saya menyangka semua orang itu baik semua itu tidak akan mampu memberi apa yang saya inginkan sebagaimana kazen saya berikan. Kerana saya terlalu mudah memberi kepada orang lain.

kesetiaan itu bukan hanya ucapan dan ungkapan tapi juga melalui perbuatan dan pelakuan. dia menyindir yang saya bukanlah orang yang setia, hati saya rapuh dan mudah tersentuh .. mak aii mengata2 pula dia nieh. Dia banyak ketawakan saya walaupun saya cuba mengelak untuk menjadi bahan ketawanya. Kata dia saya sejak dulu tidak pandai menipu. Itulah satu2 kelemahan yang ada dalam diri saya. Dia walaupun mengikut teori seorang yang menurut tetapi dia mampu untuk menipu juga. kami gelak. Hukum hidup barangkali kita terpaksa menipu untuk kelihatan bahgia dan jujur. Dan seberapa ramai orang yang menipu sedemikian dalam hidup mereka.

Dia sudah tukar kereta lain lagi.. dia bawa saya jalan2 dengan honda city baru dia. Dia tahu sejak kecil saja minat honda. Kami berhenti lama di sekolah lama saya.. nasib baik petang ini tidak hujan ribut seperti semalam.. cuma hari semakin gelap dan kelabu tanpa dibayangi oleh ribut akan melanda.

tapi hati saya benar2 keributan sejak kebelakangan ini. Rasa ada saja yang menikam hati saya pada satu saat bila saya ingin hentikan segala perasaan kasihsayang ini.

saya doakan kebahgiaan awak............ (bersama senyuman yang benar2 zahir dari bibir nipis saya ini)

Posted at 10/21/2009 10:33:44 am by DaunKerinG
Make a comment  


October 19, 2009
"saya doakan kebahgiaan awak II"

11.17 am...

Line tenet asik diskunet sejak kebelakangan ini. Kali port masuk air lagi kut. Tapi bila call tmnet mesti masalah dia apa entah yg bukan2. Tapi asal dia diskunet boley connet balik its okies dari terus tak leh kunet2.

Today sarapan lewat baru je lepas sarapan. Telur ayam kg separuh masak dengan satu sudu kecil lada hitam yg ditumbuk dan sedikit kicap kipas udang untuk legakan dada yang tersumbat. Ayam kg jiran belakang yang beri kalau beli di pasar mesti tujuh puluh sen sebiji mana ada barang2 murah sekarang ini. Kalau tak ada kerja tak ada duit makan angin lah jawapnya.

perut masih belum ok akibat dari menjahanam diri sendiri dua tiga hari lepas. So tak berani minum bebukan just teh o panas. Di tambah dengan dua keping roti. Nasi dah dua hari tak masuk perut asik mee segera aneka jenis.

semalam tak dapat tidur kerana cirit birit , tertidur pun dekat nak subuh. Fikiran rungsing entah apa2. sedih ngilu semacam je. tapi itu adalah akibat dari perasaan sendiri tidak ada salah sesiapapun.

apa yang akan kita tandakan dengan perhubungan ini lagi ? entahlah biarlah masa yang menjuruskannya. Cuaca hari ini elok segar dan tenang tapi agak panas. Barangkali petang akan ribut lagi kerana setiap petang ribut kuat akan sentiasa melanda daerah ini. Seperti ada gulungan aneka benda dilangit atau amarah dari Allah? tapi adakah Allah itu pemarah sifatnya? bukan rahman dan rahim? entahlah...

lihat bonda bahgia dua tiga hari ini dengan kedatangan kak long dan abang long wajah ceria dan cerah tidak seperti biasa. Kali tengok kerukunan kak long dan abang long berdua membuatkan hati beliau bahgia. Si fatin dan fatihah juga tahu mengemas rumah tidak membuat selongkar sana sini macam keluarga yang satu lagi.

apapun saya akan doakan kebahgiaan awak. saya orang yang sebegini tidak akan mampu memuaskan hati sesiapapun. Barangkali boleh hanya untuk tempat singgahan saja. Sekadar datang kemudian pergi. Saya terima apa adanya. Kerana itulah jalan yang telah disuluhkan kepada hidup saya ini.

kesedihan bukan lagi perkara asing dan aneh... banyak benda yang harus kita lepaskan untuk membuat orang lain bahgia.. tapi jangan kita memilih bahgia untuk orang lain biarlah mereka memilih bahgia mereka sendiri dengan jalan yang mereka cari sendiri.

maafkan saya kerana tidak mampu membahgiakan sesiapapun... tapi saya mencuba untuk bahgiakan hati saya ini.

Posted at 10/19/2009 10:34:10 am by DaunKerinG
Make a comment  


October 1, 2009
"saya doakan kebahgiaan awak"

1.28pm..

Prolog.......

1. dia mencinta perempuan itu sejak kecil, gadis yang telah kehilangan kedua ibubapanya, dan dia menjadi tempat gantungan kasihsayang segala susah senang bersama2..

2. mereka bertunangan.. masalah adik si perempuan menyebabkan perkahwinan mereka tertangguh..

3. dua2 mula berkerja di sebuah syarikat perkapalan.. si perempuan menjadi setiausaha dan dia menjadi pengurus projek perkapalan. forte serre forte serre.. perempuan itu mula jatuh cinta dengan bossnya yang ensem.. kemudian tidur bersama.. dan akhirnya meninggalkan dia...

4. atas nama kasihsayang dia sanggup melepaskan si perempuan itu dengan ucapan "tahniah.. saya doakan kebahgiaan awak berdua" pada hari perkahwinan tersebut dengan sinar mata yang teduh dan ikhlas.. tapi si perempuan tidak sanggup menatap mata nya kerana merasa sangat bersalah. Bersalahkah? kalau dia mengejar kesempurnaan dan kekayaan ?

ramai orang semacam itu didalam dunia ini, menganggap setiap keikhlasan itu hanyalah mainan saja, mempersendakan ketulusan dan menikam segala kebaikan kepada tapak kebencian.

p/s aku rasa cam badan aku dah makin berisi sikit sekarang ini..kena timbang berapa kilo dah naik.. dalam sakit2pun badan tetap naik gemuk dan berisi barangkali kerana merasa aku disayangi? benarkah aku disayangi? diperlukan ? dirindukan? ... tapi rasanya aku tidak pernah temui perasaan yang sebegini lagi!!!



today bonda berbuka ngan bubur ayam.. aku makan sikit kemudian p cari mee udang yang tak sedap langsung. Baru je abis susu segelas.. iskk rasa cam lapar lagi.. mak aii kemaruk makan sudah aku ni.



Mengantuk pula malam ni. Semalam terbongkang tidur tak sedar diri langsung. Biasa macam tu lah kalau aku lawan ngan sakit. Kes salah aku jugak. Tak sedar diri. Ahhhhhhhh menguap lagi..tidur lah.

Gudnite i love you sayang!

Posted at 10/1/2009 10:09:21 pm by DaunKerinG
Make a comment  


Harga yg di hilangkan oleh warna janji yang dusta...

11.24 pagi

Kali aku mendapat tekanan yang hebat dari hati kecil aku sendiri. Heh!! sakit yang menumpang dan aku yang tumpangkan perasaan sakit itu menambah lagi dengan perasaan yang sakit.

Kadang aku membuka ruang yg sangat lebar untuk menerima apapun walaupun setiap kali aku menerima pukulan itu aku merasa sudah jatuh terguling dan tidak mampu bangkit lagi.

1.11 pm...

saya tengok seseorang tetiba online di gtalk.. kemudian meletakkan msg untuk memaki orang lain...saya kenal orang ini memang dari dulu tidak pernah ada rasa tidak puas hati dengan orang lain. Bersikap suka menghina dan memaki2 orang mengikut kehendak hati sendiri. Tidak belajar dari kesilapan. Tidak melihat pada keburukan yang mana sanggup kehilangan kawan2 hatta untuk menangkan diri sendiri dalam ego melangit. Ego yang tidak ada erti kalau bagi saya. Orang semacam itut idak rugi tidak menjadi sahabat kepada saya. Orang yang akan menikam saya kembali.

saya memang kadang2 kejam tapi saya tidak mudah untuk memaki2 orang walau seamarah mana saya.. tapi itu lah manusia.. ramai orang tidak berpuas hati kerana sikap dia dan sikap itulah yang akan dibawa sampai mati... sikap sentiasa tidak berpuas hati dengan orang lain dan ingin orang itu mengikut telunjuk dia sendiri. Peh!! tak rugi apa2pun kalau kata2 itu ditujukan kepada saya kerana saya memang kurang ajar ........


Posted at 10/1/2009 12:44:51 pm by DaunKerinG
Make a comment  


September 29, 2009
malam tidak dingin , hangat tanpa udara yang berhembus lembut tapi hati dingin sedingin salju..

9.29 malam..

Apakah yang sedang ada dalam fikiran aku sejak kebelakangan ini? Tentangan dari hati kecil sudah mulai mereda. Perasaan yang ragu dan gementar masih berembun walaupun tidak lagi berhujan.

Teman bonda berbuka puasa, today resipi bubur ape entah asal dari bubur kosong menjadi seperti bubur campak2.. sempat lagi bonda buatkan keropok rebus dari ikan kecil yang ada didalam peti ais.. ikan si kadim. Memuji diri sendiri katanya keropok rebus dia sedap eh!! perasan tul pulak.

Susu tepung aku dah habis, sos dah habis.. banyak benda yang dah hilang dari peti sejuk semenjak rumah menjadi kapal pecah. Aku tengah tengok filem yusup selam tentang si capik, skema betul.. filem tak ada moral .. menyampah aku tengok tak ada sifat membina atau mendidik masyarakat.



aku rindu engkau
engkau sendiri
bukan orang lain
tapi engkau yang ada dalam fikiranku
semoga hatiku ini
tak kunjung mengunjunginya
semua hasrat
yang tersirat dengan prasangka
ragu dan curiga
melakar perasaan hampa
seperti malam ini
menyembunyikan rindu hati
pada jalur cahaya yang suram
pada wajah malam yang kelam
tapi hangat



manis senyummu yang ku ingat
manja tatapan manjamu yang ku kenang
adakah setiap pertemuan yang datang
selalu kita akhiri dengan perasaan penuh kasihsayang sebegini?
tidak ragu dan cemburu pada semalam ?


Posted at 9/29/2009 9:28:32 pm by DaunKerinG
Make a comment  


September 28, 2009
Dan akhirnya dia tertidur di atas dadaku dalam hangat pelukan kasihsayang tanpa ragu dan bertandu dengan kasihan dan malu!!!

6.43 petang...

Syawal ke 9. segalanya berjalan dengan lancar.. tanpa apa kejadian yang memburukkan atau diburukkan oleh keadaan. Hati terpenuh dengan aneka perasaan kasihsayang dan rindu. Sometimes memang ada missunderstanding tapi adat hidup berkasihsayang mana kah terus berjalan selari atau selurus.. terkadang jatuh tersungkur tergolek seperti mana aku terjatuh dari scuter hari tu.

Puasa ? rasa2 kalau rajin teruskan sampai khamis. Itupun kalau rajin tanpa gangguan dari kesihatan yang terkadang2 seperti angin pasang. Demam tetiba atau sakit tak dapat bernafas tetiba.. atau ada goncangan dari dalam meruntuhkan dan merambat segala kebahgiaan dengan ragu dan curiga atau sebenarnya untuk tidak memberi tekanan pada silauan hati yang terganggu dengan intipan atau siulan nakal dari belakang dan depan hidup.

Semalam memang kesihatan kong terus barangkali kerana terlalu penat atau segalanya telah kembali ke paras normal dan rumah kembali aman dan tenteram menyebabkan angin sakit mula menyempit ruang dada. Tapi kemengertian dan perhatian yang besar dan melebar membuatkan segala yang sakit itu sangat mudah pergi tanpa perlu di tanya berulang ulang kemudian jawapan itu sangat memilukan sekali. Sukar rupanya orang itu hendak membahgiakan hati yang sedang sakit.. tapi orang ini amat mudah sekali memberi harapan dan tampungan rasa untuk meringankan beban sakit tidak membalas sakit dengan sakit yang berulang tapi dengan harapan dan tanduan kasihsayang yang meriah.

angin

kau adalah tamu tingkap
yang di undang untuk bercakap

kau adalah sungai kaca
yang tak terukur aku dinginnya

kau adalah bibir tipis
bergeser dengan kancing bajuku

kau adalah kumpulan serangga
bergulung di antara lalang lalang

kau masuk ke dalam tulang dan darah pohon
berhembus di dalam urat daun demi daun
pada mulanya lembut dan tertbi sekali
kemudian beransur keras dan tak terbatas
lagi pohon mengalah dan sujud pada bumi
aku yang berteduh di bawah pohon itu ternyata sia sia
mentafsir perangaimu

kau adalah penyair sentimental
membaca puisimu dengan melulu

Talias talib 1986

sajak yang manis dan sangat berkesan sekali.. yang mana setiap kali aku membacanya aku akan teringat kepadamu. Pada setiap perjalanan yang kita lalui bersama.. pada setiap sentuhan tanganmu pada lenganku ..pada peha dan pada usapan manjamu di telapak tanganku.

dan pada setiap tatapan lembutmu membuatkan aku menjadi ragu bahawa apakah aku benar2 telah mencintamu dengan penuh ketulusan atau masih lagi aku berkhayal dalam jagaku.. apakah benar Tuhan telah mengirimkan aku seseorang yang mencintai aku apa adanya?









angin dari semua arah menyerbu palung hati
membuat kembang daisy mekar tak peduli hari
tanpa ragu tanpa menempa luka lama
waktu terus berlalu dengan hangat
bunyi teriak unggas malam
menjadi nyanyian rindu
terasa aku yang berdiri dengan senyap
menatap sembunyi wajahmu
yang menunggu dan menangis
serta menanggung rindu yang tak sudah
untuk meretap masa kebersamaan hadir kembali!!









disubuh hari orang berbisik
kita akan belayar
dengan sebuah kapal
hanya engaku dan aku berdua
tidak ada seorang pun
dalam dunia ini
akan tahu tentang pelayaran ini
yang tak bernegeri dan bertujuan
mencari sempadan kasihsayang
yang tidak kita tandakan dengan akad dan janji

ku tulis tanda namamu
dengan cakar yang kasar
ku dapati tersebar di debu jalanan
di antara kenangan ria dan duka
dari dosa lama yang dilupakan
dari dusta lama yang dimalukan
engkau berdiri disamping ku
dengan mengenggam tanganku tanpa ragu
dan berharap tetap ada disamping ku
tanpa kita tanda dengan janji!


Posted at 9/28/2009 6:35:30 pm by DaunKerinG
Make a comment  


Don't buy Vista Security
Next Page
Copyright 2008 DauNKerinG 2004-2008©

Dedaun KerinG Yang BerGuguran di Kamar Hatimu_she Gone